Koronavirus: Korea Selatan catat satu lagi kes

Iklan

SEOUL - Korea Selatan pada Jumaat mengesahkan satu lagi kes jangkitan novel koronavirus, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 24, dengan kes terbaru melibatkan rakyat Korea Selatan yang dibawa pulang dari Wuhan minggu lalu, lapor agensi berita Yonhap.

Lelaki berusia 28 tahun itu yang dikuarantin di kemudahan di Asan, telah mengalami gejala sakit tekak, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Iklan
Iklan

Pesakit itu kemudian dipindahkan ke hospital Seoul.

Sejak 3 Januari, seramai 1,130 orang telah menjalani ujian untuk mengesan virus itu, 842 daripadanya didapati negatif manakala seramai 264 disyaki dijangkiti dan telah diasingkan.-Bernama

Iklan
Iklan