Tukar naratif politik bukan jaminan bukan Melayu sokong Bersatu
Iklan
Pemilihan Bersatu hakikatnya berlandaskan amalan demokratik dengan lebih ramai wakil rakyat parti itu dikenal pasti memenuhi syarat kelayakan asas bertanding jawatan Top 5. Gambar kecil: Hisommudin
SHAH ALAM - Cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengubah naratif politik daripada pro Melayu Islam kepada perjuangan membela nasib masyarakat pelbagai kaum bukan jaminan untuk segmen pengundi bukan Melayu akan menyokong mereka kelak.
Hakikatnya, sudah terlalu banyak kenyataan rasis yang mengguris perasaan pengundi bukan Melayu yang telah dilontarkan majoriti pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk Bersatu selama ini, menyebabkan kelompok itu sukar menerima mereka kembali.