[VIDEO] Kerajaan kenal pasti kelemahan pentadbiran pastikan penjawat awam lebih cekap
Iklan
PETALING JAYA - Kerajaan akan mengenal pasti kelemahan dalam pentadbiran negara untuk memastikan penjawat awam dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sentiasa memantau kelemahan pentadbiran dan mendapati perkhidmatan awam di negara ini masih tidak memuaskan.
Iklan
Iklan
"Ketua Setiausaha Negara baru dilantik dapat memberikan tekanan yang sangat kuat...saya sendiri memantau," katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Ke-78 di sini pada Ahad.
Anwar ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) ke-78, pada Ahad. Foto Bernama
Perdana Menteri berkata, pemantauan yang dilakukan antaranya di hospital, sekolah dan berkaitan permohonan pendaftaran serta lesen daripada pihak berkuasa tempatan.
Iklan
"Semua ini, bila kita dengar belum memuaskan walaupun ada perubahan, masih ada kebocoran...sebab itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) saban hari tangkap kerana rasuah itu ada. Bila rasuah, itu (menyebabkan) kos perniagaan meningkat," katanya.
Sementara itu, Anwar turut menegaskan proses kelulusan bagi projek perumahan juga perlu disegerakan tanpa sebarang penangguhan hanya disebabkan bayaran tertentu.
Iklan
Beliau percaya bahawa dengan menjalankan tugas secara cekap, kerajaan dapat menjimatkan jutaan ringgit.
Anwar berkata, bahawa ini adalah cabaran dan tanggungjawabnya bersama rakan-rakan dalam Jemaah Menteri untuk memastikan perubahan dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.
"...keadaan sekarang bukan hendak sebut saya ketuai kerajaan tetapi pergi mana-mana orang melihat (kepada) kerajaan Malaysia sekarang (sudah) ada perubahan," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>