Janji pengukuhan fiskal
Iklan
Hutang baharu negara telah melambung RM93 bilion tahun lalu dan disasarkan turun kepada RM86 bilion tahun ini. Gambar hiasan 123RF
PADA 5 Oktober, media massa melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan teguh berazam mencapai pengukuhan fiskal.
Matlamat tersebut akan dicapai secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara tetapi terus berbelanja bagi memperbaiki mutu hidup rakyat. Bagi memudahkan kefahaman, pengukuhan fiskal yang Perdana Menteri maksudkan itu adalah hal-hal berkaitan hasil dan perbelanjaan kerajaan, khususnya cukai.