Sayangi bahasa, sayangi negara
Iklan
Pelbagai kempen yang diadakan bertujuan membolehkan setiap warga Malaysia mempamerkan cita jati diri Malaysia agar ia dianggap satu proses berterusan untuk memantapkan dan memperkukuhkan diri kita - Gambar hiasan 123RF
MALAYSIA sebuah negara yang ragamnya berbilang etnik, ras, agama dan latar, mempamerkan kerencaman sebagai satu kelebihan berbanding negara serantau mahu pun global lain.
Ini kerana lipatan sejarah mempamerkan proses dagangan, penyebaran, migrasi dan kedudukannya yang strategik di peta antarabangsa. Penggunaan bahasa tidak terkecuali.