‘Mereka tak nak dengar pendapat saya'
Iklan
Dr Mahathir sewaktu program Interviu yang dihoskan oleh Pengarang Eksekutif Digital Sinar Harian, Ruzy Adila Idris di Bangunan Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur baru-baru ini. - FOTO: SINAR AHAD/ ASRIL ASWANDI SHUKOR
TUN Dr Mahathir Mohamad mengakui kecewa apabila semua penggantinya sebagai Perdana Menteri tidak mahu mendengar pendapat dan nasihatnya walaupun beliau ikhlas berbuat demikian.
Negarawan itu berkata, pada usia 99 tahun, tiada apa lagi yang mahu dicapai melainkan ingin melihat Malaysia menjadi maju dan demi tuntutan perjuangannya terhadap agama, bangsa dan negara.