Ke mana KJ selepas ini?
Iklan
Khairy Jamaluddin melakar sejarah apabila berjaya memenangi pengiktirafan sebagai Penyampai Radio Popular ABP ke-36.
KEMENANGAN Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, Jumaat lalu menunjukkan bekas anggota kabinet kepada tiga Perdana Menteri itu masih mempunyai aura dan kelas tersendiri untuk mencorakkan perjalanan politiknya.
Namun, sejauh mana populariti Khairy atau lebih popular dengan panggilan KJ mampu bertahan sekiranya beliau terus berada di luar gelanggang politik adalah persoalan yang menarik. Hanya masa akan memberi jawapannya.