Ayam hutan berpotensi pupus
Iklan
Ayam hutan yang sudah mati dirampas menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK). Gambar kecil: Abdul Kadir
KUALA LUMPUR - Ayam hutan, hidupan liar yang dilindungi. Walaupun populasi ayam hutan masih banyak dan taburannya masih meluas di hutan negara ini, ia tetap berdepan potensi ancaman kepupusan jika tidak dilindungi.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendedahkan, pemburuan ayam hutan menggunakan jerat dan senjata api dilakukan oleh individu serta kumpulan dengan kebanyakan hasilnya akan dijadikan juadah eksotik.