Forum Perdana ‘Di sini Aku Bermula’ berkisar daya tahan
Iklan
Dari kiri Muhammad Nasir, Mohd Shahar, Profesor Madya Dr Norhayati ketika program Forum Perdana ‘Di Sini Aku Bermula’ anjuran UTM di Kolej Kediaman Siswa Jaya UTM Kuala Lumpur pada Jumaat.
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kegagalan menempatkan diri di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana keputusan peperiksaan tidak memuaskan menjadi asbab untuk berusaha lebih gigih demi mencapai cita-cita.
Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, sejak di bangku sekolah, beliau memiliki impian untuk menjadi seorang jurutera.
Iklan
Iklan
Mohd Shahar
"Bagaimanapun, disebabkan sikap diri sendiri yang tidak begitu menekankan perihal pembelajaran dan tidak fokus akhirnya saya hanya peroleh 5B dalam peperiksaan Tingkatan Tiga.
Iklan
"Keputusan yang tidak memuaskan itu telah menghalang saya memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan ketika itu saya mula menyedari bahawa jika tidak berubah maka cita-cita itu hanya sekadar mimpi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Program Forum Perdana Bertajuk 'Di sini aku bermula' di Kolej Kediaman Siswa Jaya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur pada Jumaat.
Iklan
Program itu dihoskan oleh Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan turut menampilkan panelis lain iaitu Pensyarah Kanan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT), UTM Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr Norhayati Abdullah.
Ekoran kegagalan itu, Mohd Shahar memaklumkan bahawa beliau memulakan tekad untuk lebih fokus dan tidak ambil mudah dalam pelajaran.
"Saya pegang kepada semangat untuk berjaya dan alhamdulillah saya telah menamatkan pengajian sarjana dan kini sedang menyambung di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).
Profesor Madya Dr Norhayati Abdullah.
"Dalam hal ini, kegagalan adalah satu perkara biasa yang perlu dilalui sebelum menggarap sebarang kejayaan,” ujarnya.
Mohd Shahar yang juga Bekas Timbalan Menteri Kewangan II, kini melanjutkan pengajian di peringkat PhD di MJIIT di bawah UTM dalam bidang Kejuruteraan Kecerdasan Buatan.
Dalam perkongsian sama, Norhayati berkata, pelajar dinasihatkan untuk tidak mengulangi kesilapan sama ada diri sendiri atau sesiapa sahaja yang dikenali.
"Saya nak ingatkan pelajar-pelajar untuk fokus dalam pengajian dan cuba untuk belajar mengatasi segala masalah serta jangan ulang kesilapan yang saya lakukan 22 tahun lalu.
"Saya pernah memperoleh ‘pointer’ 2.1. Ini bukan saya perkara yang saya nak bangga tetapi jadikan sebagai pengajaran untuk tidak ulangi kesilapan ini,” katanya.
Pada masa sama, Norhayati turut mengingatkan para pelajar untuk bijak memilih rakan-rakan kerana mereka akan mempengaruh kejayaan pada masa hadapan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT