WHO siasat kes jangkitan koronavirus di mesyuarat di Singapura

Iklan
Hotel Grand Hyatt itu mengesahkan mereka telah melakukan langkah pembersihan dan sanitasi menyeluruh di bilik tetamu yang berpotensi terjejas dalam kejadian itu. - FOTO: AFP

SINGAPURA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melakukan siasatan selepas tiga warga asing yang merupakan kakitangan syarikat multinasional yang menghadiri mesyuarat di Singapura dijangkiti koronavirus.

"WHO membuat penyelarasan dengan kementerian kesihatan berkaitan berhubung kes itu.

Iklan
Iklan

"Memandangkan negara kini meningkatkan pengawasan, kami menjangkakan lebih banyak kes penyebaran lokal akan direkodkan," kata jurucakap agensi itu, Olivia Lawe-Davies.

Malaysia dan Korea Selatan telah mengesahkan tiga kes jangkitan wabak itu selepas rakyat mereka yang menyertai mesyuarat yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt pada pertengahan bulan lalu.

Iklan

Lewat semalam, Singapura mengesahkan empat lagi individu menunjukkan simptom jangkitan koronavirus.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan nama syarikat tersebut atau jenis perniagaan yang dikendalikan oleh mereka.

Iklan

Kes dikaitkan dengan mesyuarat perniagaan di Singapura itu memberikan lebih banyak bukti bahawa wabak tersebut kini merebak antara manusia di luar China. - Agensi