Kerja baik pulih benteng, ban pecah di Kuala Selangor siap sepenuhnya
Iklan
Kerja-kerja baik pulih ban di RTB Batu 7 Ijok siap sepenuhnya pada Rabu.
KUALA SELANGOR - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan kerja-kerja baik pulih benteng dan ban pecah yang mengakibatkan banjir di daerah ini pada 3 Oktober lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan berkata, kerja-kerja menyiapkan benteng pecah berdekatan Taman Saujana Aman di sini siap sepenuhnya pada 5 Oktober lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bagi kerja-kerja pembinaan ban di Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Batu 7 Ijok, pula siap sepenuhnya pada Rabu.
"Kerja-kerja pelaksanaan baik pulih benteng dan ban sementara ini telah siap sepenuhnya seperti yang dijadualkan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Iklan
Mohd Raiz yang juga Pegawai Daerah Kuala Selangor memberitahu, kejadian benteng dan ban pecah di dua lokasi itu mengakibatkan banjir dan sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kawasan terlibat.
Beliau berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Aman telah ditutup pada Sabtu lalu.
Iklan
Bagaimanapun, katanya, dua PPS iaitu di Sekolah Rendah Agama (SRA) Ijok dan di Dewan Rafulin, Bukit Badong dijadualkan ditutup pada 1 tengah hari Rabu.
"PPS SRA Ijok menempatkan mangsa banjir sekitar Ijok, manakala Dewan Rafulin menempatkan penghuni dan kakitangan Pusat Jagaan Warga Tua Jashiera yang dilanda banjir," jelas beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'"><meta itemprop="description" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'
Kerajaan Selangor mengambil langkah awal untuk menamatkan sepenuhnya kaedah penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang terbukti mencetuskan pencemaran, sebelum beralih kepada konsep penternakan moden yang diusahakan oleh pihak swasta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pencemaran akibat aktiviti penternakan di Tanjung Sepat, Kuala Langat ditangani segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763821/edisi/selangor-kl/selangor-tutup-kaedah-penternakan-babi-tradisional-cemar-sungai-alam-sekitar---amirudin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #AmirudinShari #Selangor #PenternakanBabi #Pencemaran #AlamSekitar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-13T05:08:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZpVlE1fPTDEv6vuuR/x120"><meta itemprop="duration" content="P141S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9xn4jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9xn4jy"></script>