PKR Sarawak tekad tanding PRN
Iklan
PKR Sarawak mencabar GPS menyerahkan beberapa kerusi DUN Sarawak pada PRN negeri itu akan datang sekiranya koalisi itu ikhlas bersama Kerajaan Perpaduan. Gambar kecil: Wei Wei, Iswardy Morni
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak bertekad bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan meminta Gabungan Parti Sarawak (GPS) bekerjasama memberi laluan atas semangat Kerajaan Perpaduan.
Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak, Tay Wei Wei berkata, GPS dituntut berjiwa besar untuk membenarkan PKR dan Pakatan Harapan (PH) Sarawak bertanding di semua kerusi diperuntukkan kepada koalisi berkenaan.