Segelintir yang tertekan
Iklan
Tular di media sosial memperlihatkan sekumpulan rakyat Palestin yang dibawa masuk ke negara ini untuk mendapatkan bantuan rawatan mengamuk di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).
MALAYSIAKINI melaporkan pada 4 Oktober lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta orang ramai tidak menghukum semua rakyat Palestin yang mencari perlindungan di negara ini berdasarkan tindakan segelintir daripada mereka.
Ia selepas beberapa pelarian dirakam mengamuk di sebuah pusat perlindungan Kementerian Pertahanan.