5 daerah di Kedah diramal berdepan air pasang besar bermula 18 Oktober ini
Iklan
Lima daerah di Kedah dijangka berdepan fenomena air pasang besar selama tiga hari bermula 18 Oktober ini. Gambar hiasan
ALOR SETAR - Lima daerah di Kedah dijangka berdepan fenomena air pasang besar selama tiga hari bermula 18 Oktober ini.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah memaklumkan, selain Langkawi, daerah lain yang akan terkesan dengan fenomena air pasang itu adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda.
Iklan
Iklan
Menerusi perkongsian di Facebook JPS Kedah, dinyatakan banjir berpotensi melanda daerah berkenaan sekiranya berlaku pertembungan air pasang, angin kencang dan hujan lebat pada satu masa.
Berdasarkan infografik yang dimuat naik di laman tersebut, antara kawasan yang dikhuatiri terjejas di Langkawi ialah Kampung Bakau Kelibang.
Iklan
Sementara bagi daerah Kubang Pasu melibatkan Kampung Kuala Kerpan, Kuala Jerlun dan Kuala Sanglang.
"Daerah Kota Setar pula membabitkan kawasan Jeti Kuala Kedah, Jeti Nelayan Seberang Kota, Taman Sri Putra dan Taman Sri Pantai, sementara daerah Yan meliputi Kampung Kuala Raga, Kuala Sala dan Kuala Sungai Yan Kechil.
Iklan
"Bagi daerah Kuala Muda, kawasan terlibat di Kampung Paya, Huma, Sungai Yu, Bukit Kechik, Kepala Tanjung, Tukang Jusoh dan Sungai Meriam," kata kenyataan tersebut.
Fenomena air pasang besar dijangka melanda lima daerah di Kedah. Foto Facebook JPS Kedah
Berdasarkan maklumat yang dikongsi, bacaan paras air laut tertinggi dijangka mencecah tiga meter (m) pada jam 1.01 pagi pada 18 Oktober, menurun kepada 2.8m pada 1.10 tengah hari dan seterusnya paras 0.9m pada 10 malam.
Manakala hari berikutnya, anggaran ketinggian air pasang dijangka mencecah 3.1 meter pada 1.33 pagi, diikuti 2.7m pada 1.50 tengah hari dan menurun kepada 0.6m pada 10.33 malam.
Pada hari terakhir (20 Oktober), bacaan paras air laut diramalkan setinggi 3m pada 2.05 pagi, menurun kepada 2.5m menjelang 2.30 petang dan seterusnya sekitar 0.8m pada 9.03 malam.
Sehubungan itu, penduduk yang berada di sekitar kawasan terlibat dinasihatkan sentiasa berwaspada sepanjang tempoh berkenaan.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.