Cara Singapura perangi rasuah
Iklan
S. Iswaran dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana dituduh menerima “hadiah” atau gratifikasi daripada penganjur Grand Prix Singapura. Foto Agensi
AWANG sebetulnya tidaklah terkejut sangat dengan hukuman yang dikenakan ke atas bekas menteri di Singapura bernama S Iswaran.
Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana dituduh menerima"hadiah” atau gratifikasi daripada penganjur Grand Prix Singapura. Beliau menghadapi 35 tuduhan.