Iran jadi wira, negara Arab terus menikus
Iklan
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Iran dan membawa lukisan peluru berpandu, semasa perhimpunan di Tehran pada 2 Oktober, sehari selepas Iran melepaskan peluru berpandu ke arah Israel.
Foto AFP
KETEGANGAN di Asia Barat semakin meningkat susulan Iran melancarkan serangan balas mengejut dengan menyasarkan entiti Zionis di bawah Operasi Janji Benar 2.0, rentetan Israel begitu bermaharajalela melakukan kekejaman sejak Perang Gaza tercetus setahun lalu.
Iran melepaskan 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel, menembusi sistem pertahanan udara tercanggih Zionis, Iron Dome pada Selasa sebagai tindak balas serangan terhadap sekutunya Hizbullah di Lubnan.