Pola dan tafsiran PRK Mahkota
Iklan
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan meraikan kemenangan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah dalam PRK DUN Mahkota. Foto Bernama
SELEPAS 22 bulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan 30 bulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor menawarkan pola menarik untuk tafsiran masing-masing.
Pola ialah fakta yang jelas dan mudah. Tafsiran adalah hipotesis yang perlu diuji dengan data khusus daripada soal selidik atau perbincangan kumpulan tumpuan. Pencerahan dan pembetulan dialu-alukan untuk tafsiran saya.