Kerajaan boleh tambah bantuan pelajar miskin
Iklan
Anuar sambut baik saranan Perdana Menteri supaya kerajaan meneliti semula cara pemberian subsidi pendidikan khususnya kepada kumpulan mahakaya.
SHAH ALAM - Penjimatan daripada penghentian pemberian subsidi pendidikan kepada golongan mahakaya dapat digunakan semula kerajaan untuk menambahkan penyaluran bantuan kepada lebih ramai murid dan pelajar miskin.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, tambahan bantuan itu juga boleh diberikan dalam bentuk pembelian gajet yang sangat diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) ketika ini.