Lamaran untuk UMNO kena dibincangkan dulu, kata Tok Mat
Iklan
Datuk Seri Mohamad Hasan
SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta agar lamaran terhadap UMNO untuk membentuk pakatan baharu bagi mengukuhkan kepentingan politik Melayu di negara ini mesti dibawa ke meja perbincangan.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, rancangan itu perlu dibincangkan dan dibahaskan dengan jujur dan mendalam di pelbagai peringkat dalam parti berkenaan.
Iklan
Iklan
"Apa jua lamaran untuk UMNO menunjukkan parti ini telah didambakan semula dan menjadi terus berpengaruh.
"Namun, yang melamar haruslah jelas dalam tujuannya. Jika benar ia demi kepentingan Islam dan bertujuan mengukuhkan kepentingan bangsa, maka wajarlah lamaran itu difikirkan semasak-masaknya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada perancangan UMNO untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membentuk satu pakatan baharu.
Rancangan itu disuarakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO, kelmarin sebelum perkara itu didedahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam.
Iklan
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, dalam perkara itu beberapa perkara perlu dipertimbangkan UMNO, antaranya mengambil kira tujuan kerjasama itu sama ada ikhlas dan strategik kepada kepentingan bangsa, agama serta parti atau sebaliknya.
Tambahnya, kerjasama itu juga perlu dikaji sama ada ia akan menguntungkan parti dalam jangka masa panjang dan kemudaratannya kepada UMNO dan bangsa Melayu sekiranya ia tidak dilaksanakan.
"Jika dilaksanakan apakah modus operandinya? Bagaimanakah pelan ini akan dilaksanakan agar boleh memaksimumkan kebaikan kepada parti dan bangsa Melayu? Semua ini perlu diperhalusi sedalam-dalamnya. Janganlah kita gopoh," katanya.
Menurutnya, pertimbangan mendalam itu supaya UMNO tidak terperangkap dalam permainan politik pihak-pihak tertentu seterusnya bagi memastikan parti itu tidak berpecah-belah hanya kerana terlalu cepat menerima lamaran yang sebenarnya masih samar-samar dan sarat dengan tanda tanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>