Tidak sedar terima ajaran sesat
Iklan
Ramai tenaga pengajar yang membuat promosi untuk mempelawa sesiapa sahaja yang berminat belajar mengenai sesebuah ilmu. Gambar hiasan 123rf.
DI zaman dahulu, seseorang yang ingin menuntut ilmu akan mengembara jauh berpurnama lamanya sebelum menemui seorang guru.
Biasanya, Pak Guru akan menguji ketahanan mental dan fizikal si anak murid dengan membuat kerja-kerja seperti mengangkat air perigi, membelah kayu api atau disepak terajang Pak Guru sebelum diterima menjadi seorang murid.