Rancang pakej rangsangan ekonomi tangani impak koronavirus

Iklan
Lim Guan Eng

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan telah dipertanggungjawabkan oleh Kabinet untuk merancang sebuah pakej rangsangan ekonomi untuk menangani impak terhadap wabak 2019 novel Coronavirus (2019-nCoV).

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, kementerian itu amat prihatin dengan penularan wabak yang telah memberi kesan kepada ekonomi dan sektor pelancongan Malaysia.

Iklan
Iklan

"Kementerian Kewangan telah dipertanggungjawabkan oleh Kabinet untuk merancang sebuah pakej rangsangan ekonomi untuk menangani impak ekonomi akibat kesan wabak koronavirus ini, yang akan diumumkan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Guan Eng berkata, pihak Kementerian akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Iklan
Iklan

"Perbincangan juga akan melibatkan pihak industri dan syarikat-syarikat perkhidmatan yang berkenaan untuk mendapatkan input dalam perancangan pakej rangsangan ekonomi," ujar beliau.