PERKESO jamin perlindungan sosial
Iklan
Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari (tengah) bersama penerima faedah dan alat pemulihan serta Anugerah Majikan Prihatin semasa Program PERKESO Bersama Pemimpin Masyarakat dan Seranta peringkat Pejabat PERKESO Sungai Petani 2024 pada Ahad. - Gambar hiasan
OGOS lalu, saya berpeluang menghadiri ISSA Technical Seminar 2024, anjuran salah sebuah badan antarabangsa iaitu International Social Security Association yang memperjuangkan isu serta menggalakkan kecemerlangan dalam pentadbiran keselamatan sosial di seluruh dunia.
Seminar selama dua hari tersebut dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi membincangkan perkembangan semasa perlindungan sosial dunia. Tema pada kali ini berkenaan keselamatan sosial bagi pekerja sendiri dan pekerja platform.
Kesempatan dan peluang yang diperoleh menerusi sesi perkongsian oleh pakar-pakar keselamatan sosial dalam dan luar negara telah membuka mata saya dan seterusnya mengagumi perjuangan PERKESO kepada negara.