Empat langkah segera untuk PN baiki prestasi
Iklan
PN perlu mengambil empat langkah segera bagi membaiki prestasi gabungan tersebut susulan kekalahan pada PRK Mahkota di Johor Sabtu lalu.
SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) perlu mengambil empat langkah segera bagi membaiki prestasi gabungan tersebut susulan kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor pada Sabtu lalu.
Penganalisis politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, langkah tersebut termasuk melatih dan mengemukakan calon lebih berkarisma serta dinamik bagi menarik pengundi khususnya golongan muda.