PRK bukan ukuran mutlak kekuatan, kelemahan sesebuah parti - Pas
Iklan
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan Pilihan Raya Kecil (PRK) bukan ukuran kekuatan atau kelemahan sesebuah parti.
KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan Pilihan Raya Kecil (PRK) bukan ukuran kekuatan atau kelemahan sesebuah parti.
"Berdasarkan pengalaman kita, PRK ini kadang-kadang tidak boleh jadi ukuran, sebagai contoh di Kelantan. Pengalaman dulu bila kalah PRK, PRU (Pilihan Raya Umum) kita menang balik.
Iklan
Iklan
"Bagi saya kekalahan PN (Perikatan Nasional) di PRK DUN (Dewan Undangan Negeri) Mahkota ini bukan ukuran, contoh Johor dan Melaka waktu PRN (Pilihan Raya Negeri), BN menang besar. Namun semasa PRU, hilang kerusi Parlimen.
"Sepatutnya dengan kemenangan DUN itu BN boleh raih banyak kerusi Parlimen. Jadi, bagi saya ia bukan kayu ukur mutlak," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Ke-55 di Istana Balai Besar, di sini pada Ahad.
Iklan
Menurut beliau, begitu juga kekalahan calon PN pada PRK DUN Mahkota di Johor pada Sabtu bukan ukuran mutlak kelemahan gabungan itu.
Mohd Amar memberitahu, hal ini kerana PN masih lagi mampu mengekalkan undi sebanyak sekitar 7,000 yang diraih semasa PRN lalu.
Iklan
Ujarnya, bagaimanapun PN boleh menjadikan kekalahan di PRK DUN Mahkota sebagai satu iktibar dan pedoman dalam menyusun gerak kerja untuk PRU akan datang
"Kalau kita tengok secara objektif sebenarnya DUN Mahkota memang kawasan UMNO. Kita (Pas) sendiri pun memang sudah jangka PN tidak boleh menang.
"Masa PRN lalu, kita berlawan tiga penjuru pun kalah dan sekarang ini UMNO pun sudah kerjasama dengan PH (Pakatan Harapan). Jadi faktor itu pun sudah cukup sebenarnya," katanya
Speaker Dewan DUN Kelantan itu memberitahu, pada PRK Mahkota, PN turun dengan status 'underdog'.
Pada PRK Mahkota, BN mengekalkan kerusi DUN dengan kemenangan besar menentang PN.
Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah merangkul kemenangan dengan jumlah 27,995 undi berbanding calon PN, Mohamad Haizan Jaafar (7,347).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>