Harrods dan skandal seks Al Fayed
Iklan
Mohamed Al Fayed
HARRODS adalah sebuah gedung beli belah terkemuka dan ikonik di kota London. Satu laporan mengatakan setiap tahun dianggarkan 15 juta orang – pelancong dan penduduk tempatan – mengunjungi pusat beli belah itu.
Rakyat Malaysia yang mengunjungi London juga tidak melepaskan peluang untuk ke Harrods, sekalipun yang dibeli hanyalah sebuah shopper bags yang tertulis nama Harrods sebagai oleh-oleh untuk dibawa pulang untuk diri sendiri dan rakan-rakan.