Niaga hadapan emas kekal tidak berubah minggu depan
Iklan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tidak banyak berubah minggu depan. Foto hiasan 123RF
KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tidak banyak berubah minggu depan menjelang pengeluaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) semasa minggu berkenaan, kata seorang penganalisis.
Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI, Stephen Innes berkata, naratif pasaran masih bersandarkan kepada kenaikan emas berbanding keadaan dolar US yang agak lemah, didorong oleh kitaran pemotongan kadar Rizab Persekutuan AS yang berterusan.
Iklan
Iklan
"Namun, saya melihat momentum itu sedikit perlahan berikutan data ekonomi AS yang masih terus bertahan, menunjukkan pasaran mungkin meletakkan harga dalam pemotongan yang agak banyak.
"Anggaran berlebihan ini mungkin dicerminkan dalam harga emas, yang mana pasaran mengambil kesempatan ke atas sentimen dolar yang negatif," katanya kepada Bernama.
Iklan
Selain itu, dengan tuntutan pengangguran mingguan yang kelihatan stabil, Innes berpendapat jangkaan kenaikan emas mungkin akan mengecil semula sebelum data NFP minggu depan.
Di rantau ini, import emas bersih China pada Ogos melalui Hong Kong adalah yang terendah dalam tempoh lebih dua tahun, mencadangkan penjual tempatan meramalkan permintaan akan lengang.
Iklan
Innes menjelaskan, ini boleh dikaitkan dengan usaha penuh kerajaan China mengenai rangsangan, yang akan mengukuhkan mata wang tempatan.
"Akibatnya, pelabur runcit tidak perlu risau dengan keperluan bagi melindung nilai mata wang yang lebih lemah melalui pembelian emas," tambahnya.
Dari Jumaat ke Jumaat, bulan semerta September 2024 meningkat kepada AS$2,661.60 setiap auns troy berbanding AS$2,614.20 setiap auns troy yang disaksikan pada minggu sebelum ini.
Sementara itu, Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya lebih tinggi pada AS$2,675.10 daripada AS$2,627.00 setiap auns troy.
Jumlah dagangan menokok kepada 117 lot berbanding 82, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 71 kontrak daripada 44 sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada AS$2,663.75 setiap auns troy, berdasarkan kepada penetapan petang London Bullion Market Association pada 26 September. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>