Fungsi undi tidak percaya
Iklan
Dalam sistem berparlimen, undi tidak percaya adalah mekanisme formal di mana ahli Parlimen boleh menilai kepercayaan mereka terhadap kepimpinan kerajaan yang sedang berkuasa. Gambar hiasan
AGAK menarik apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadap beliau pada Sidang Dewan Rakyat Oktober depan.
Ini sebagai respons kepada Usul Muktamar Pas di Temerloh yang menuntut beliau meletakkan jawatan atau diturunkan dengan kadar segera.