Derita ibu tunggal besarkan anak
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
SHAH ALAM - Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Seputeh mengalu-alukan usaha mewujudkan formula memudahkan penentuan kadar nafkah oleh Mahkamah Syariah dalam membela nasib anak daripada pasangan yang bercerai.
Pengerusinya, Rahimah Abdul Ghafor mahu perkara tersebut disegerakan kerana ramai ibu tunggal terpaksa berkorban untuk membesarkan anak masing-masing selepas bapa culas untuk memberi nafkah.