Bersatu masih perlukan 'orang lama'
Iklan
Pemilihan Bersatu hakikatnya berlandaskan amalan demokratik dengan lebih ramai wakil rakyat parti itu dikenal pasti memenuhi syarat kelayakan asas bertanding jawatan Top 5.
SHAH ALAM - Bukan isu besar jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diterajui oleh gandingan 'orang lama' iaitu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin selepas pemilihan parti pada bulan depan.
Ketua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, ini kerana ahli dan pemimpin akar umbi Bersatu faham bahawa mereka masih memerlukan khidmat, pengaruh dan kepimpinan Muhyiddin bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.