Kadar tuntutan nafkah perlu adil, ideal
Iklan
Pengiraan kadar nafkah anak yang hendak dijadikan garis panduan kelak tidak boleh mengundang bebanan bekas suami. Gambar kecil dari kiri: Mujahid, Mohd Na’im
SHAH ALAM - Isu nafkah membabitkan pasangan suami isteri yang bercerai sering menjadi pertikaian sehingga sukar mencapai titik penyelesaian.
Selain sikap culas bekas suami membayar nafkah, prosiding di mahkamah syariah juga mengambil masa apabila perlu mendengar keterangan daripada pihak berkaitan.