Mangsa banjir di Kedah makin menurun
Iklan
Penduduk mula membersihkan rumah mereka yang dipenuhi lumpur selepas air banjir surut, semasa tinjauan di Kampung Suka Menanti, Alor Setar pada Selasa. Foto Bernama
ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di Kedah menunjukkan sedikit penurunan kepada 5,747 orang membabitkan 1,838 keluarga setakat jam 5.04 petang pada Selasa berbanding 6,593 mangsa pada jam 12 tengah hari.
Kesemua mereka ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan empat daerah terjejas di Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.
Iklan
Iklan
Kota Setar masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu sebanyak 3,900 mangsa daripada 1,267 keluarga dengan 16 PPS masih aktif diikuti Pendang seramai 1,607 mangsa daripada 491 keluarga ditempatkan di 10 PPS.
Di Kubang Pasu pula seramai 181 mangsa daripada 56 keluarga dengan dua PPS dibuka manakala 59 mangsa daripada 24 keluarga di Pokok Sena ditempatkan di satu PPS.
Walaupun cuaca agak baik, masih ramai mangsa tidak dapat pulang ke rumah masing-masing susulan keadaan banjir termenung.
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>