KUCHING - Sebelas lelaki warga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Kuching hari ini atas pertuduhan terlibat sindiket penipuan menawarkan pinjaman wang tidak wujud dalam talian serta dua kesalahan di bawah Akta Imigresen.
Tertuduh yang berumur 21 hingga 34 tahun yang diwakili peguam Shankar R P Asnani membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Siti Zubaidah Sarkawi dan Hakim Mahkamah Sesyen Dayang Ellis Narisa.