'Jangan asal viral terus singgah'
Iklan
Umat Islam perlu mengelak daripada mengunjungi restoran atau kedai makan yang sekadar mempamerkan pork free atau mesra Muslim tanpa sijil halal kerana bimbang bahan digunakan dan cara penyediaan tidak mematuhi syariat. Gambar hiasan (Gambar kecil dari kiri: Nurul Farahin, Nurul Aina Haswani, Nur Syafiqah, Muhammad Nukman)
SHAH ALAM - Umat Islam perlu mengelak daripada mengunjungi restoran atau kedai makan yang sekadar mempamerkan pork free atau mesra Muslim tanpa sijil halal kerana bimbang bahan digunakan dan cara penyediaan tidak mematuhi syariat.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata orang ramai bersetuju untuk menghindari makanan diragui atau syubhah, dan bertanggungjawab untuk mencari makanan yang diyakini halal.