Kenapa tidak wajibkan 'gaji kehidupan wajar'?
Iklan
Kadar terkini gaji minimum yang berkuat kuasa sekarang ini ialah RM 1,500. Gambar hiasan.
ISU gaji merupakan isu yang sangat menarik perhatian ramai kerana dengan gaji, pekerja boleh menjadi lebih produktif dan ia juga boleh mencetuskan ketidakharmonian sesama sendiri.
Walaupun terdapat banyak konsep gaji yang diguna pakai di Malaysia untuk mengukur struktur gaji seperti gaji minimum, gaji kehidupan wajar, gaji progresif dan sistem gaji berkaitan produktiviti (PWLS), konsep yang sering didebatkan ialah gaji minimum dan ‘gaji kehidupan wajar’.