Kerjasama BN-PH di Johor
Iklan
Penyokong BN yang hadir bagi memberikan sokongan kepada calon BN Syed Hussien Syed Abdullah pada hari penamaan calon PRK DUN Mahkota. Foto Bernama
SELEPAS hampir dua tahun dalam Kerajaan Perpaduan, kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) umumnya telah mula diterima secara beransur-ansur.
Bagaimanapun, penerimaan itu masih tidak seragam, khususnya dalam kalangan ahli akar umbi. Di beberapa kawasan seperti Kuala Kubu Baharu dan Nenggiri, keputusan pilihan raya kecil (PRK) menunjukkan isyarat positif terhadap kerjasama tersebut.