Kerajaan pastikan warisan etnik Sabah, Sarawak terus hidup - Anwar
Iklan
Anwar menerima kunjungan daripada KSS diketuai Marcel Leiking bersama lapan ahli jawatankuasa persatuan itu hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Kerajaan beriltizam untuk memastikan warisan unik Kadazan serta semua etnik di Sabah dan Sarawak terus hidup dan diwarisi generasi akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, iltizam itu dinyatakan ketika beliau menerima kunjungan daripada Persatuan Kadazan Sabah (KSS) diketuai Presiden Datuk Seri Marcel Leiking bersama dengan lapan ahli jawatankuasa persatuan itu hari ini.
Iklan
Iklan
"KSS ialah sebuah pertubuhan yang komited dalam memelihara dan memartabatkan warisan budaya masyarakat Kadazan di Sabah.
"Pertemuan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dan komuniti Kadazan, di samping bertukar pandangan berkaitan usaha memperkasakan budaya, bahasa dan tradisi yang menjadi identiti masyarakat ini,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook beliau.
Iklan
Perdana Menteri juga berharap agar kerjasama erat antara kerajaan dan KSS terus menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional melalui keunikan budaya pelbagai kaum di negara ini. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>