[VIDEO] 'Pengundi Cina jangan hukum UMNO hanya kerana seorang pemimpin'
Iklan
KLUANG - Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching mengingatkan pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota agar tidak 'menghukum' UMNO dalam pilihan raya kecil (PRK) ini hanya kerana 'kurang selesa' dengan seorang pemimpin.
Timbalan Menteri Komunikasi itu juga berkata, beliau akui pihaknya berdepan sedikit cabaran dalam usaha memastikan pengundi Cina keluar mengundi pada 28 September ini.
Iklan
Iklan
Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching ketika berucap di Ceramah Kelompok Perpaduan, di Kluang pada Khamis
Namun menurutnya, jika wujud protes terhadap calon UMNO, ia seolah-olah menghukum seluruh Kerajaan Perpaduan.
"Itu (tarik minat pengundi Cina keluar mengundi) memang merupakan satu cabaran dan sebelum saya datang ke sini (tapak ceramah), saya menghadiri dialog dan saya juga tak boleh nafikan dalam perbualan aplikasi WhatsApp juga ada pengundi-pengundi yang kurang selesa dengan seorang pemimpin daripada UMNO.
Iklan
"Tetapi mesej yang kami (DAP) nak hantar kepada mereka ataupun yakinkan mereka untuk terus keluar mengundi adalah janganlah kita buat keputusan, oleh sebab seorang sahaja.
"Mungkin kita (masyarakat Cina) tak suka beliau atas pelbagai sebab, tetapi pada masa yang sama, jangan lupa bahawa kita mempunyai ramai lagi pemimpin yang bagus, yang wajib kita sokong.
Iklan
"Janganlah kita ada pemikiran kononnya akan gunakan peluang ini (PRK) untuk kalahkan UMNO demi untuk mengajar, memberi satu pengajaran...tetapi pada masa yang sama kita perlu faham apabila kita mengalami kekalahan di sini (Mahkota), itu bukan kekalahan seseorang pemimpin (calon BN) tetapi juga kekalahan Kerajaan Perpaduan termasuk BN, PH dan seluruh Kerajaan Perpaduan," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas strategi bagi menarik pengundi Cina keluar mengundi dalam PRK DUN Mahkota.
Ahli Parlimen Kulai itu ditemui pemberita selepas Ceramah Kelompok Perpaduan pada Khamis.
Sebelum ini pemimpin PH Johor menyuarakan kebimbangan mengenai kelantangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu pensijilan halal kerana berisiko menjejaskan undi daripada penyokong PH khususnya kaum Cina.
Mengulas lanjut Nie Ching berkata, kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di Mahkota akan memberi isyarat jelas kepada pelabur asing memandangkan ekonomi Malaysia ketika ini berada di landasan yang betul, bahkan ringgit juga semakin mengukuh.
"Kestabilan politik sangat penting kepada pelabur asing, jadi jika kita tak menang di sini, kita akan hantar satu mesej kepada pelabur-pelabur asing bahawa mungkin mungkin politik di Malaysia tak stabil.
"Bahkan, mungkin Langkah Sheraton akan berlaku lagi dan ini adalah perkara yang pelabur asing tak suka dan mereka takut kerana apabila ada pertukaran kerajaan mestilah melibatkan pertukaran dari segi polisi," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.