Angka korban koronavirus cecah 425 di China
Iklan
BEIJING - Jumlah keseluruhan orang yang dijangkiti penyakit radang paru-paru disebabkan koronavirus di China mencecah seramai 20,438 dan 425 lagi meninggal dunia, kata jawatankuasa kesihatan negara China dalam satu kenyataan.
Menurut agensi berita Sputnik, sehari sebelum itu jumlah kes ialah sebanyak 17,205 dengan 361 kematian.