Koronavirus: Rak pasar raya kosong gara-gara penduduk panik
Iklan
HONG KONG - Kebanyakan rak barangan di pasar raya di Hong Kong kosong gara-gara penduduk di Hong Kong panik dan mahu mendapatkan bekalan mencukupi susulan penularan koronavirus di seluruh China.
Bandar raya yang didiami kira-kira 7.4 juta penduduk itu kini berdepan situasi panik luar biasa dan disifatkan lebih teruk berbanding serangan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang meragut hampir 300 nyawa di Hong Kong pada 2003.