Aktiviti rekreasi di HSK Cameron Highlands ditutup sementara
Iklan
Notis penutupan sementara aktiviti rekreasi dalam HSK Daerah Cameron Highlands bermula 18 sehingga 22 September ini yang dikongsi JPNP di Facebooknya.
KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Semua aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Daerah Cameron Highlands ditutup sementara bermula 18 sehingga 22 September ini.
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam kenyataan melalui Facebooknya menjelaskan, arahan penutupan itu ekoran ramalan cuaca dijangka ribut petir beserta hujan di daerah itu sepanjang minggu ini.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, aktiviti yang terlibat termasuk pendakian di semua HSK Daerah Cameron Highlands, aktiviti rekreasi Taman Eko Rimba Mossy Forest dan perkhemahan di Taman Eko Rimba Sungai Pauh.
"Bagi tempahan pendakian dan perkhemahan yang dilakukan dalam tempoh penutupan itu, pemohon diminta menghubungi Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands untuk menjadualkan semula tempahan yang dilakukan tertakluk kepada kekosongan tarikh," jelasnya.
Iklan
Sementara itu, aktiviti operasi Titian Kanopi Taman Negara Pahang (TNP) turut ditutup ekoran kerosakkan akibat ditimpa pokok tumbang.
Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia melalui kenyataan di Facebooknya berkata, Pejabat Penguasa TNP akan menutup sementara operasi aktiviti Tititan Kanopi bermula pada 18 September sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>