Pekerja kilang terdedah gas ammonia di Kulim stabil

Iklan
28 pekerja kilang yang menerima rawatan berikutan terdedah kepada kebocoran gas ammonia berada dalam keadaan stabil. Foto: JBPM Kedah

ALOR SETAR - Seramai 28 pekerja kilang yang menerima rawatan berikutan terdedah kepada kebocoran gas ammonia berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang berkata kesemua pekerja terbabit terdiri daripada 27 wanita dan seorang lelaki menerima rawatan di Hospital Kulim.

Iklan
Iklan

"Seramai 25 kakitangan Hospital Kulim dan lima ambulans telah digerakkan ke tempat kejadian dan seramai 208 pekerja telah diberikan rawatan di tempat kejadian.

"Setakat jam 2 petang tadi, jumlah pekerja yang dimasukkan ke dalam wad adalah seramai 28 orang dan mereka berada dalam keadaan stabil,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 59 pekerja kilang sesak nafas, muntah terhidu gas ammonia

Iklan

Media hari ini melaporkan seramai 59 pekerja terdedah dengan gas ammonia yang bocor di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kulim Hi Tech di Kulim, semalam.

Bomba yang menerima panggilan pada 11.42 malam dan tiba ke lokasi kejadian pada 12.06 tengah malam mendapati kejadian itu melibatkan kebocoran saluran paip gas ke bahagian pengeluaran di stor kilang terbabit.

Iklan

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata operasi di lokasi kejadian telah ditamatkan kira-kira jam 6 pagi tadi.

"Operasi telah ditamatkan selepas mendapati tiada lagi pencemaran gas di tempat kejadian dan semua pesakit kini di bawah pemantauan pihak hospital,” katanya.-Bernama