Perkenal Cukai Perkhidmatan Digital
Iklan
Kerajaan tidak boleh lepas tangan dengan membiarkan industri kewartawanan di negara ini terkontang-kanting berdepan dengan penyedia platform medsos yang hanya memikirkan keuntungan diri sendiri. - Gambar hiasan
MEDIA arus perdana satu dunia sebagai penyedia kandungan kewartawanan berkualiti terpukul teruk berikutan kemunculan pelbagai platform media sosial (medsos) kendalian syarikat teknologi gergasi yang memberi pilihan kepada pengguna mengakses maklumat secara percuma.
Lebih menjengkelkan ada antara maklumat percuma disebarkan itu ialah kandungan editorial – berita, rencana, komentar dihasilkan media arus perdana itu sendiri.