'Tidur bertemankan senjata'
Iklan
Abdul Muhaimin menunjukkan perairan di negeri Selangor yang menjadi fokus untuk memerangi pelbagai jenayah maritim.
KLANG -"Setiap kali saya tidur, saya akan jadikan senjata sebagai bantal peluk, sentiasa siap sedia sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini ekoran situasi ketika itu amat meruncing.”
Itu perkongsian Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh yang mengimbau kembali ketika insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sekitar tahun 2013.