Pusat penamaan calon PRK DUN Mahkota dibuka
Iklan
Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkawal di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, pada Sabtu. Foto Bernama
KLUANG - Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini dibuka jam 9 pagi ini.
Setiap parti dan individu yang berhasrat bertanding akan diberikan masa sejam bermula jam 9 hingga 10 pagi bagi mengemukakan borang pencalonan, sebelum calon yang layak bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Azurawati Wahid.
Iklan
Iklan
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini pada 2 Ogos lepas.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Sharifah Azizah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor menang dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan Muhammad Taqiuddin Cheman Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).
Iklan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya itu pada 28 September manakala pengundian awal pada 24 September.
Kerusi DUN Mahkota mempunyai 66,318 pemilih terdiri daripada 61,397 pengundi biasa, tentera dan pasangan (4,510), 401 polis serta 10 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.
Iklan
DUN berkenaan mula dipertandingkan pada 2004 dan setakat ini telah melalui lima pilihan raya yang menyaksikan empat daripadanya dimenangi BN, dan kali terakhir dimenangi Sharifah Azizah. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>