'PN patut terima MoU'
Iklan
PN dijangka menolak MoU berhubung peruntukan ahli Parlimen pembangkang dengan Kerajaan Perpaduan kerana ia didakwa bertujuan menyekat atau menutup suara mereka. Gambar kecil: Syed Abu Hussin Hafiz
SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) sepatutnya menerima memorandum persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Perpaduan untuk sama-sama membantu membangunkan negara.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, PN perlu memberi kerjasama memandangkan perkara itu perlu didahulukan demi kesejahteraan rakyat.