'Biarlah dia seorang sahaja yang kuat' - Anwar enggan layan kenyataan Hadi
Iklan
Anwar (tengah) ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman, Kampung Desa Putra, Sungai Merab, Kajang. Foto Bernama
KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan melayan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Melayu Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai lemah.
Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman di sini hari ini, Anwar dalam jawapan ringkas secara sinis berkata,"Biarlah dia (Abdul Hadi) seorang sahaja yang kuat”.
Iklan
Iklan
Anwar berkata demikian ketika ditanya reaksi beliau terhadap kenyataan Ahli Parlimen Marang itu pada Muktamar Pemuda Pas ke-65 di Kerdau, Temerloh yang turut mendakwa pemimpin bukan Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'naik kepala.’
Semalam, Abdul Hadi dikatakan turut mendakwa pemimpin Melayu Islam dalam Kerajaan Perpaduan tidak mampu mengawal rakan pimpinan bukan Islam.
Iklan
Iklan
Presiden Pas itu mendakwa kebanyakan parti dalam Kerajaan Perpaduan adalah berpandukan kepada Melayu dan Islam namun masih gagal untuk mempertahan perkara yang melibatkan kesucian agama Islam daripada dicampuri oleh masyarakat bukan Islam termasuk isu pensijilan halal. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>