Koronavirus boleh dihantar melalui najis manusia

Iklan
Penkerja makmal mengendalikan sampel pesakit di makmal Pusat Rujukan Kebangsaan (CNR) untuk virus pernafasan di Institut Pasteur di Paris. -Foto AFP

BEIJING - Saintis dari badan penyelidikan terkemuka China menemui satu lagi kemungkinan cara penyebaran koronavirus yang berasal dari Wuhan.

Menurut laporan Channel News Asia, virus tersebut boleh dipindahkan melalui sistem pencernaan dan dalam najis manusia.

Iklan
Iklan

Ia bermaksud wabak Wuhan itu boleh merebak melalui laluan fecal-oral di mana kotoran yang tercemar daripada individu yang dijangkiti boleh masuk ke dalam mulut orang lain.

Hal itu mungkin berlaku disebabkan kurang kebersihan, sanitasi, pencemaran tanah dan air dengan bahan kotoran atau pencemaran makanan.

Iklan

Pakar dari Hospital Universiti Renmin Wuhan dan Institut Virologi Akademi Sains China Wuhan mendapati sesetengah pesakit yang dijangkiti koronavirus mengalami cirit birit dan bukan demam atau gejala biasa.

Pasukan penyelidik juga menemui asid nukleat virus pada najis pesakit dan percaya virus mempunyai kemungkinan penghantaran fecal-oral, sebagai tambahan kepada titisan dan penghantaran penghantar.

Iklan

Pasukan penyelidik juga menemui asid nukleat virus pada najis pesakit dan percaya virus boleh dihantar melalui laluan fecal-oral selain cecair atau melalui hubungan transmisi. - Agensi