GPU anjur pertandingan memancing di Pantai Kuala Sanglang
Iklan
Kawasan yang menjadi tumpuan kaki pancing di Kuala Sanglang.
PERLIS - Hadiah wang tunai lebih RM27,000 menanti pemancing dalam pertandingan memancing Terbuka Perlis yang akan diadakan di Pantai Kuala Sanglang di sini pada Isnin ini.
Pertandingan anjuran Kelab Memancing Geng Pancing Unik (GPU) itu menawarkan hadiah wang tunai RM12,000 kepada juara, naib juara menerima RM2,000 dan ketiga RM1,000.
Iklan
Iklan
Sementara itu, pemenang tempat keempat akan memenangi RM500, kelima RM400, keenam hingga 10 membawa pulang RM250 dan ke-11 hingga 70 pula menerima RM150.
Pertandingan itu dianjurkan bagi menyokong kempen Cuti-Cuti Malaysia – melanconglah dalam negara dan turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia.
Iklan
Presiden GPU, Wan Mohd Fitri Wan Shahidan berkata, pertandingan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
"Penganjur akan membuka kawasan memancing 1.5 kilometer bagi memberi ruang selesa kepada peserta. Ini adalah pertandingan pertama di Pantai Kuala Sanglang sejak September tahun lalu.
Iklan
"Pihak kelab yakin, acara yang dianjurkan ini mampu menarik pemancing dari negeri jiran, termasuk Selangor, Perak dan Kelantan,’’ katanya.
Yuran penyertaan ialah RM65 untuk satu joran dan kaunter pendaftaran dibuka di lokasi pertandingan bermula jam 6.30 pagi hingga pertandingan berlangsung.
Wan Mohd Fitri berkata, satu lagi pertandingan memancing akan diadakan pada 15 September di Pantai Berembang.
Katanya, Pertandingan Memancing Joran Madani itu dianjurkan oleh West Cost Surfcaster (WCS) dengan hadiah keseluruhan bernilai RM14,000. Yuran bagi acara itu ialah RM40.
Bagaimanapun katanya, jika peserta menyertai kedua-dua acara ini, penganjur menetapkan yuran pendaftaran hanya RM100.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>