Calon berusia: Risiko untuk PN
Iklan
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (tengah) mengangkat tangan calon PN bagi PRK Mahkota, Mohamad Haizan Jaafar, 61, (tiga, kanan) pada Pengumuman Calon PRK N.29 Mahkota di Bilik Gerakan Utama PN PRK DUN Mahkota di Kampung Melayu. Foto Bernama
SHAH ALAM - Keputusan Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan calon berusia pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota 28 September ini berkemungkinan boleh mempengaruhi trend pemilihan pengundi.
Ketua Penyelidik O2 Research, Anis Anwar Suhaimi berkata, walaupun umur calon bukanlah penentu utama tetapi ia adalah salah satu aspek yang mungkin dipertimbangkan oleh pengundi.