Perbanyak program pendidikan, pengurusan kewangan - Fomca
Iklan
Muka depan Sinar Harian pada Selasa. (Gambar: N Marimuthu)
SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengadakan lebih banyak program pendidikan dan pengurusan kewangan kepada masyarakat khususnya generasi muda bagi menangani isu bankrap di negara ini.
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Profesor Datuk Dr N Marimuthu berkata, menerusi penerapan kaedah pembelajaran tersebut, ia diyakini dapat membentuk tabiat pekerja dalam aspek perancangan kewangan dan menjadikan mereka pengguna yang bijak berbelanja.